Introduction

Haz Agro Farm

Mula dijalan sekitar awal Jun 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada awal Febuari 2012. Nama Haz Agro Farm diambil berpadanan dengan nama abah dan mama. Kedua-dua nama digabungkan dan terjadilah Haz. Aktiviti yang dijalankan adalah penternakkan ayam dan puyuh.


Sebarang maklumat boleh didapati di blog ini atau hubungi kami di:
* e-mail: hfh_milo@yahoo.com
* Hazwan (milo): 019-3139914
* fb: facebook.com/Milo Fahmy

Search

Tuesday, 24 September 2013

My own Baka.

25 september 2013.


Pada asalnya ternakkan ayam yang kami bela mengalami beberapa masalah dan sintom-sintom penyakit yang tak dikenal pasti puncanya. Berbagai ubat-ubatan dan petua tradisional telah dilakukan dan diberikan. Namun masih tidak dapat dikawal sehingga setiap hari ada 1-2 ekor yang akan mati, murung, ekor jatuh dan kaki lemah.
Kami mencuba kaedah lain dengan cara kacukan baka ayam dan kini alhamdulillah baka yang kami ada didapati lebih tahan daripada sebelum. Kadar kematian dan kemurungan serta lemah berkurangan.

BAKA YANG KAMI HASILKAN.

ARTAN JAWA= ARAB + HUTAN + KG JAWA.
KG JAWA= KG P.PINANG + KG JOHOR.
SYGON JAWA=KG JAWA=SYGON (BOTAK).



Anak ayam artan jawa.


Anak ayam artan jawa(yang warna hitam)
bersama Anak ayam kg jawa


Bapa Kg Jawa.


Bapa artan bersama Ibu kg jawa.


Sygon jawa(jawa botak).

Sunday, 7 April 2013

All About Puyuh.

Informasi Ringkas tentang puyuh.
- Puyuh Jantan di bahagian dada terdapat warna keperangan tanpa tompok hitam diatasnya.
- Puyuh Betina mempunyai tompok-tompok hitam di bahagian dada dan sebilangan mempunyai dada bewarna perang seperti jantan tetapi masih mempunyai tompok-tompok hitam diatasnya.
-Bagi puyuh putih, Jantan terdapat isi lebih dibahagian punggung manakala si betina berpunggung licin.
-Tempoh matang bagi seekor puyuh adalah 40 hari. Kebiasaan tempoh ini puyuh sudah boleh dijual, dimakan atau diasingkan untuk proses mengawan.
-Nisbah bagi puyuh 2:10 iaitu 2 jantan 10 betina.
-Anggaran berat makan puyuh pada satu-satu hari adalah 30g bagi puyuh penelur dan 20g untuk puyuh pedaging.
-Suhu untuk penetasan telur puyuh 35`C - 37`C.


Perhatian.
*Elakkan ada bucu di reban puyuh kerana puyuh akan berkumpul dibahagian tersebut dan puyuh amat suka bertelur dibahagian tepi reban.
*Jangan beri anak puyuh yang baru menetas makan selama 2 hari, hanya beri ia minum sahaja dan lebih elok jika minuman dicampurkan dengan ubat vitamin atau ubat merah.






Puyuh oh Puyuh.

25 september 2013.


Puyuh kandang bawah.



Puyuh yg di asing bagi tujuan penelur.


Tempat bagi anak2 puyuh sebelum ke kandang bawah.


Anak-anak puyh yg baru menetas dalam inkubator.



Anak-anak puyuh umur 1 hari.


Puyuh yang cukup umur di asing untuk daging.



Alhamdulillah..penternakkan puyuh semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Berkat usaha dan bantuan dari penternak-penternak lain membuahkan hasil. Awalnya puyuh sebagai hobi sampingan, syukur kini menjadi salah satu sumber pendapatan selain ternakkan ayam. Purata kiraan telur yang dikutip adalah 40-45 biji sehari. Bagi tetasan telur alhamdulillah 60% menjadi daripada telur yang ditetas. Ujikaji masih dijalankan bagi meningkatkan peratusan tetasan telur puyuh. Target kami adalah 80-90% sudah mencukupi. Purata anak puyuh yang ditetas dalam tempoh 3-4 hari adalah 50-60 ekor.