Informasi Ringkas tentang puyuh.
- Puyuh Jantan di bahagian dada terdapat warna keperangan tanpa tompok hitam diatasnya.
- Puyuh Betina mempunyai tompok-tompok hitam di bahagian dada dan sebilangan mempunyai dada bewarna perang seperti jantan tetapi masih mempunyai tompok-tompok hitam diatasnya.
-Bagi puyuh putih, Jantan terdapat isi lebih dibahagian punggung manakala si betina berpunggung licin.
-Tempoh matang bagi seekor puyuh adalah 40 hari. Kebiasaan tempoh ini puyuh sudah boleh dijual, dimakan atau diasingkan untuk proses mengawan.
-Nisbah bagi puyuh 2:10 iaitu 2 jantan 10 betina.
-Anggaran berat makan puyuh pada satu-satu hari adalah 30g bagi puyuh penelur dan 20g untuk puyuh pedaging.
-Suhu untuk penetasan telur puyuh 35`C - 37`C.
Perhatian.
*Elakkan ada bucu di reban puyuh kerana puyuh akan berkumpul dibahagian tersebut dan puyuh amat suka bertelur dibahagian tepi reban.
*Jangan beri anak puyuh yang baru menetas makan selama 2 hari, hanya beri ia minum sahaja dan lebih elok jika minuman dicampurkan dengan ubat vitamin atau ubat merah.
Puyuh oh Puyuh.
25 september 2013.
Puyuh kandang bawah.
Puyuh yg di asing bagi tujuan penelur.
Tempat bagi anak2 puyuh sebelum ke kandang bawah.
Anak-anak puyh yg baru menetas dalam inkubator.
Anak-anak puyuh umur 1 hari.
Puyuh yang cukup umur di asing untuk daging.
Alhamdulillah..penternakkan puyuh semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Berkat usaha dan bantuan dari penternak-penternak lain membuahkan hasil. Awalnya puyuh sebagai hobi sampingan, syukur kini menjadi salah satu sumber pendapatan selain ternakkan ayam. Purata kiraan telur yang dikutip adalah 40-45 biji sehari. Bagi tetasan telur alhamdulillah 60% menjadi daripada telur yang ditetas. Ujikaji masih dijalankan bagi meningkatkan peratusan tetasan telur puyuh. Target kami adalah 80-90% sudah mencukupi. Purata anak puyuh yang ditetas dalam tempoh 3-4 hari adalah 50-60 ekor.