EM adalah sejenis ubat mengandungi microorganisma baik yang digunakan bagi mengelakkan masalah pencemaran bau serta gangguan lalat di reban atau kandang ternakkan anda. Selain digunakan bagi mengatasi masalah-masalah ini, EM juga boleh di campur kedalam makanan dan minuman ternakkan sebagai ubat serta vitamin. Ia juga boleh digunakan pada tanaman sebagai bahan penyuburan.
Setelah digunakan, didapati masalah bau serta lalat dapat diatasi dan ternakkan juga kelihatan sihat serta aktif. Bagi penggunaan pada tanaman pula, kelihatan tanaman tumbuh segar dan subur. EM bahan yang tidak merbahayakan persekitaran dan pengguna kerana ianya dihasilkan menggunakan bahan yang tidak merbahaya dan bukan daripada bahan kimia. Menurut pembuat EM, ia dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu kerak gula merah.
nisbah campuran: 1:10 = 1 EM : 10 air.
PERINGATAN:
*EM yang diaktifkan, pastikan penutup jangan terlalu ketat bagi mengelakkan botol itu daripada meletup kerana microob yang terdapat di dalamnya bernafas dan melepaskan karbon dioksida.
*Jangan bancuh EM menggunakan air berklorin kerana ia akan menyebabkan microorganisma didalamnya mati atau tidak aktif.
No comments:
Post a Comment