Disamping penternakkan, aktiviti seperti petanian secara kecil-kecilan jugak dijalankan. Pertanian dijalankan bertujuan mengisi ruang-ruang kosong pada ladang seterusnya membantu sedikit sebanyak mengurangkan kos bahan makanan ternakkan. Bagi seorang penternak, kita seharusnya jangan terlalu fokus kepada satu-satu aktiviti sahaja. Demi kemajuan kita seharusnya bijak dalam pengurusan selain hanya menternak fikirkan hal lain yang di mana ia dapat membantu dari segi pendapatan atau ternakkan.
|
Rumput Napier ditanam sebagai bahan lain kepada bahan makanan ternakkan. Selepas pemberian rumput napier ini didapati kos pengeluaran bagi pembelian bahan makanan berkurangan kerana dedak dan jagung diberi dalam kuantiti yang sedikit. Rumput ini mudah ditanam dan juga sangat berkhasiat untuk ternakkan, oleh demikian penternak digalakkan menanan rumput ini disekitar reban ternakkan. Selain ayam, itik dan angsa, lembu, kambing ,rusa serta ternakkan lain juga boleh memakannya. |
|
Tanaman sayuran kacang botol/kacang kelisa dan kacang panjang ditanam selain mengisi masa menunggu tuaian hasil ternakkan. Tanaman sayuran banyak memberi manfaat pada kita selain penjimatan kos pembelian bahan di pasar ianya juga sayuran yang segar. Ia dipetik atau dituai dan terus boleh dimasak atau dibuat ualaman. Pada sayuran di pasar, kita tidak mengetahui sama ada semasa tanaman ianya menggunakan ubatan, baja ataupun racun bagi menjaganya dari seranggan serangga atau penyakit.
Selain penanaman kacang botol/kacang kelisa dan kacang panjang terdapat juga beberapa tanaman lain yang turut ditanam. Diantara tanaman lain yang turut ditanam adalah pokok rosel, ubi kayu, ubi keledek serta ubi putih. Tanaman seperti ubi kayu boleh juga dijadikan makan ternakan dengan cara mengisar menjadi cebisan halus dan dicampurkan dengan sedikit dedak serta jagung. Hal ini juga membantu mengurangkan kos perbelanjaan bahan makanan ternakkan.
Ternakkan ikan talapia merah.
|
No comments:
Post a Comment