HAZ AGRO FARM bermula dengan menternak 5 ekor ayam dewasa seekor jantan 4 betina serta 36 ekor anak ayam. Aktiviti bermula sekitar pertengahan bulan febuari iaitu 27 hb . Penternakkan yang dijalankan adalah secara ternakkan organik dimana ayam tersebut diberi makan 2 kali sehari dan waktu selebihnya dibiarkan merayau mencari makan sendiri.
Di HAZ AGRO FARM terdapat juga ternakkan burung puyuh. Pada permulaan hanya 8 ekor sahaja yang diternak. Seminggu kemudian 10 ekor ditambah dan kini jumlahnya menjadi 18 ekor. Penternakkan burung puyuh adalah mudah jika dibandingkan dengan ayam. Hal ini kerana burung puyuh lebih tahan lasak dan penjagaan yang tidak begitu cerewet. Pekara yang perlu dititik beratkan adalah dari segi makanan dan minuman.
Setelah sebulan aktiviti penternakkan dijalankan didapati kos atau duit banyak dihabiskan hanya pada bahan makanan ternakkan. Masalah ini diselesaikan dengan bantuan beberapa orang penternak yang berpengalaman, cara terbaik mengurangkan kos perbelanjaan bahan makanan ternakkan adalah dengan cara:
1. memberi makan sisa makanan atau lebihan makanan seperti nasi, buah-buahan yang layu atau x diperlukan lagi.
2. memberi makan tumbuhan semulajadi seperti daun dan batang pokok pisang, hampas kelapa ataupun rumput dan sambau.
3. memberi makan tanaman seperti jagung dan ubi-ubian.
PERINGATAN:
*Di syorkan hampas kelapa dicampur dengan dedak atau jagung sebelum diberi pada ternakkan. Hal ini kerana hampas kelapa yang halus berkemungkinan masuk ke dalam hidung ternakkan menyebabkan ternakkan mengalami selsema atau hidung berair.
*Bagi pemberian sisa makanan seperti nasi, dinasihatkan basuh atau bersihkan dahulu nasi tersebut supaya tidak dicemari untuk mengelakkan ternakkan dari dijangkiti penyakit.
*Penternak di syorkan menanam ubi-ubian atau jagung untuk dijadikan makanan ternakkan.
*Pastikan persekitaran reban sentiasa dalam keadaan yang bersih.
No comments:
Post a Comment