Introduction

Haz Agro Farm

Mula dijalan sekitar awal Jun 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada awal Febuari 2012. Nama Haz Agro Farm diambil berpadanan dengan nama abah dan mama. Kedua-dua nama digabungkan dan terjadilah Haz. Aktiviti yang dijalankan adalah penternakkan ayam dan puyuh.


Sebarang maklumat boleh didapati di blog ini atau hubungi kami di:
* e-mail: hfh_milo@yahoo.com
* Hazwan (milo): 019-3139914
* fb: facebook.com/Milo Fahmy

Search

Thursday, 19 April 2012

EM


EM adalah sejenis ubat mengandungi microorganisma baik yang digunakan bagi mengelakkan masalah pencemaran bau serta gangguan lalat di reban atau kandang ternakkan anda. Selain digunakan bagi mengatasi masalah-masalah ini, EM juga boleh di campur kedalam makanan dan minuman ternakkan sebagai ubat serta vitamin. Ia juga boleh digunakan pada tanaman sebagai bahan penyuburan.

Setelah digunakan, didapati masalah bau serta lalat dapat diatasi dan ternakkan juga kelihatan sihat serta aktif. Bagi penggunaan pada tanaman pula, kelihatan tanaman tumbuh segar dan subur. EM bahan yang tidak merbahayakan persekitaran dan pengguna kerana ianya dihasilkan menggunakan bahan yang tidak merbahaya dan bukan daripada bahan kimia. Menurut pembuat EM, ia dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu kerak gula merah.

nisbah campuran: 1:10 = 1 EM : 10 air.



PERINGATAN:
*EM yang diaktifkan, pastikan penutup jangan terlalu ketat bagi mengelakkan botol itu daripada meletup kerana microob yang terdapat di dalamnya bernafas dan melepaskan karbon dioksida.


*Jangan bancuh EM menggunakan air berklorin kerana ia akan menyebabkan microorganisma didalamnya mati atau tidak aktif.

Friday, 13 April 2012

Jenis-jenis Penyakit Ayam.

EKTOPARASIT
- Tungau merah dan hama 
- Pelbagai peringkat umur 
- Cepat merebak
- Melalui sentuhan

TANDA-TANDA:-

  • Ayam lemah, lesu, pucat
  • Kurang selera makan
  • Bulu ayam akan kelihatan banyak hama atau tungau merah

PENGAWALAN

  • Nyahkutu dengan menggunakan serbuk natrium fluorida (servin) atau celup ke dalam larutan malathion
  • Reban yang telah dikosongkan hendaklah dicuci dengan malathion, servin, rabon dan ectiban

Koksidiosis (Berak darah)


- Parasit protozoa iaitu Eimeria – spesis yang terlibat adalah E.tenella, E.acervulina, E.maxima, E.necatrix, E.brunetti
- Peringkat anak ayam
- Cepat merebak
- Melalui makanan dan air yang tercemar dengan oosist

TANDA-TANDA:-
  • Najis mengandungi darah
  • Balung ayam kelihatan pucat
  • Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan
  • Ayam lemah dan lesu
  • Kadar kematian tinggi pada anak ayam
  • Pendarahan di usus kecil dan sekum

PENGAWALAN
  • Antikoksidiosis

Salmonellosis


- Salmonella pullorum, S.gallinarum, S.enteritidis, S.typhimurium
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui ibu, najis

TANDA-TANDA:-

  • Kematian tinggi pada anak ayam berumur 2-3 minggu
  • Anak ayam kelihatan kesejukan, berkumpul dibawah alat pemanas
  • Dubur kotor dengan najis berwarna putih

PENCEGAHAN

  • GAHP – Biosekuriti, anak ayam bebas penyakit, kuarantin, kebersihan dan sanitasi

PENGAWALAN

  • Antibiotik –neomycin, gentamycin


Penyakit Pernafasan Menular (CRD)


- Mycoplasma gallisepticum
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui telur dan udara

TANDA-TANDA:-

  • Kesukaran dalam pernafasan
  • Hidung berair
  • Kelesuan
  • Pundi udara serta paru-paru menjadi lebam
  • Kematian sederhana

PENCEGAHAN

  • Reban dicuci dan dibasmikumankan
  • Bekalan anak ayam yang bebas penyakit
  • Mengurangkan ‘stress’
  • Mengawal keluar masuk individu serta peralatan
  • PENGAWALAN
  • Antibiotik – Tylosin, Lincospectin


Penyakit Gumboro (IBD)

  • Bimavirus
  • Cepat merebak
  • Melalui ‘infected chicks’ dan premis/makanan yang tercemar
  • Umur 3-6 minggu

TANDA-TANDA:-

  • tiada selera makan, “ dehydrated”
  • bulu kusut, lemah, suhu badan meningkat secara mendadak.
  • cirit-birit , najis berwarna hijau gelap, sering juga terjadi najis berwarna putih.
  • lebih banyak duduk dan jalan tak seimbang.
  • Cuba mematuk bahagian “Vent” sendiri
  • Kematian 5-15%

PENGAWALAN

  • Vaksinasi
( Yang nie kebanyakan ayam kampung ada yang kena terutamanya ayam saya tapi tak banyak dalam 1% sahaja)

Infectious Coryza


- Hemophilus gallinarum
- Pelbagai peringkat umur tetapi kebiasaan berlaku umur 8-10 minggu
- Cepat merebak
- Melalui udara

TANDA-TANDA:-

  • Mata kelihatan berair disebabkan oleh kegatalan
  • Bahagian muka ayam membengkak dan matanya tertutup
  • Ayam akan bersin, hidung berair
  • ‘rattling sound’ bila bernafas

PENGAWALAN

  • Vaksinasi
( Yang nie kebanyakan ayam kampung ada yang kena terutamanya ayam saya tapi tak banyak dalam 1% sahaja)

Colibacillosis


- E.coli
- Pelbagai peringkat umur
- Cepat merebak
- Melalui ibu, telur, makanan dan air yang tercemar
- Kematian tinggi di peringkat anak

TANDA-TANDA:-

  • Tidak selera makan
  • Lemah, tumbesaran terbantut, cirit-birit
  • Airsacculitis jangkitan karung udara menyebabkan ayam batuk dan mengah
  • Synovitis akan kelihatan bengkak di bahagian sendi kaki
  • Egg peritonitis akan menyebabkan pengeluaran telur menurun
  • Omphalitis ‘navel infection’ – navel bengkak dan berlaku inflamasi

PENCEGAHAN

  • Reban dicuci dan dibasmikumankan
  • Bekalan anak ayam yang bebas penyakit
  • Mengurangkan ‘stress’
  • Mengawal keluar masuk individu serta peralatan

P
ENGAWALAN

  • Antibiotik
( Penyakit yang bahaya. Kadang ayam saya pun banyak yang monyok dan mati. Susah juga nak cakap. Dah apply ubat pun sudah. Tapi tak tahu la apa penyakitnya. So apa yang saya buat bagi sahaja ubat anti stress). Ayam nie bukannya boleh tgk org masuk reban. Huru hara dibuatnya.

dan akhir sekali

Penyakit Sampar Ayam (ND)

  • Disebabkan oleh Paramyxovirus virus
  • Pelbagai peringkat umur
  • Cepat merebak melalui udara, makanan dan air yang tercemar.

TANDA-TANDA:-

  • Kesukaran pernafasan
  • Kesukaran pergerakan dan tengkok melentuk
  • Tahi yang berwarna kuning kehijauan
  • Kelesuan dan bulu ayam kelihatan pudar
  • Pendarahan di dalam proventikulus dan usus kecil
  • Kesesakan darah dan cecair pada sistem pernafasan
  • Tebal karung udara (air sac)
  • Jumlah kematian yang tinggi > 50%

PENGAWALAN

  • Vaksinasi

Tuesday, 10 April 2012

Aktiviti Sampingan

Disamping penternakkan, aktiviti  seperti petanian secara kecil-kecilan jugak dijalankan. Pertanian dijalankan bertujuan mengisi ruang-ruang kosong pada ladang seterusnya membantu sedikit sebanyak mengurangkan kos bahan makanan ternakkan. Bagi seorang penternak, kita seharusnya jangan terlalu fokus kepada satu-satu aktiviti sahaja. Demi kemajuan kita seharusnya bijak dalam pengurusan selain hanya menternak fikirkan hal lain yang di mana ia dapat membantu dari segi pendapatan atau ternakkan.

Rumput Napier ditanam sebagai bahan lain kepada  bahan makanan ternakkan. Selepas pemberian  rumput napier ini didapati kos pengeluaran bagi pembelian bahan makanan berkurangan kerana dedak dan jagung diberi dalam kuantiti yang sedikit. Rumput ini mudah ditanam dan juga sangat berkhasiat untuk ternakkan, oleh demikian penternak digalakkan menanan rumput ini disekitar reban ternakkan. Selain ayam, itik dan angsa, lembu, kambing ,rusa serta ternakkan lain juga boleh memakannya.
Tanaman sayuran kacang botol/kacang kelisa dan kacang panjang ditanam selain mengisi masa menunggu tuaian hasil ternakkan. Tanaman sayuran banyak memberi manfaat pada kita selain penjimatan kos pembelian bahan di pasar ianya juga sayuran yang segar. Ia dipetik atau dituai dan terus boleh dimasak atau dibuat ualaman. Pada sayuran di pasar, kita tidak mengetahui sama ada semasa tanaman ianya menggunakan ubatan, baja ataupun racun bagi menjaganya dari seranggan serangga atau penyakit.

Selain penanaman kacang botol/kacang kelisa dan kacang panjang terdapat juga beberapa tanaman lain yang turut ditanam. Diantara tanaman lain yang turut ditanam adalah pokok rosel, ubi kayu, ubi keledek serta ubi putih. Tanaman seperti ubi kayu boleh juga dijadikan makan ternakan dengan cara mengisar menjadi cebisan halus dan dicampurkan dengan sedikit dedak serta jagung. Hal ini juga membantu mengurangkan kos perbelanjaan bahan makanan ternakkan.



Ternakkan ikan talapia merah.










Monday, 9 April 2012

Revolusi Ayam Kampung.


Dahulunya, penternakan ayam kampung ori sebagai punca pendapatan langsung tidak diberi perhatian. Tapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini, ayam kampung ori mula menjadi rebutan dek kerana beberapa kelebihannya.
Ayam yang dahulunya dibiar hidup secara bebas mencari makan di mana-mana, mula dipelihara secara komersial dan bebas berpagar. Saya masih ingat 20 tahun dahulu orang Cina atau peraih datang rumah, ayah saya jual murah-murah ja..seekor boleh dapat dalam RM 5.00 -RM 8.00. Tak timbang dah…pakai agak-agak ja. Nak beli sekor dua boleh la…tapi nak borong semua…tak jual la pulak…kita bela ayam suka-suka ja…untuk makan lebihan makanan kita…kemudian bila dah besar, kita pulak makan dia…hahah!
Tapi itu dulu..sekarang kat KL, orang berpusu-pusu dan sanggup queue di restoran ayam kampung. Kat Pasar Selayang atau di mana-mana pasar, jual RM 15 /kg pun boleh habis sekejap ja. Jangankan di KL, malah di pekan Changlun, pekan yang semakin maju, habitat saya dulu dan sekarang, ada 3 orang peniaga ayam kampung hanya meletakkan ayam mereka di dalam sangkar, di atas motor kapcai mereka. Maka awal-awal pagi lagi telah dikerumuni pembeli2 berbangsa Cina. Kalau datang lewat sket, insyaALLAH tak dapat. Sepagi saja dah clear.
Temukut naik harga. Hampas kelapa pun dah ada harga. Perut ikan pun orang boleh letak harga.



Apakah sebab ayam kampung ori semakin diminati?
  • Khasiat yang banyak seperti menguatkan tenaga batin
  • Bebas dari bahan kimia yang berlebihan, tak macam ayam daging yang 100% makan dedak.
  • Telurnya juga berkhasiat dan menyihatkan
  • Dagingnya yang sedap dan pejal, tak seperti ayam daging yang mudah hancur.

Mengapakah ayam kampung ori berpotensi untuk memberi pulangan yang lumayan?
  • mudah dibiakkan
  • tahan lasak terhadap penyakit , perubahan cuaca dan persekitaran
  • boleh makan pelbagai jenis makanan yang mudah diperolehi terutama tumbuh-tumbuhan, serangga dan lebihan makanan
  • kos reban yang simple, sekadar tempat berlindung diri dan bertelur
  • harga semasa rm 8/kg (harga peraih) – rm 17/kg (waktu kemuncak – musim perayaan)

Bagaimanakah untuk mendapatkan pulangan yang maksima?
  • Kurangkan kos terutama kos makanan.Bagi dedak sebelum berusia sebulan sahaja. Lepas tu boleh campur-campur. Ayam boleh cari makan sendiri dan berdikari selepas berusia 3 bulan.
  • Cari baka induk dan pejantan dari jenis baka sabung / siam kerana ianya lebih berat dan harganya pun mahal.
  • Jangan campur dengan baka yang kecik terutama ayam serama dan ayam hutan kerana mereka boleh merosakkan keturunan. Lama-lama ayam anda menjadi semakin kecik.
  • Jual sendiri ayam anda. Kalau tolak pada peraih, paling mahal pun boleh dapat RM 9 / kg  (payah dapat kalau dok kt kawasan saya ni, kat tempat lain tak tahulah). Kalau jual sendiri, terpulanglah pada anda. Kat KL orang jual RM15 / kg tu biasa ja.
  • Kalau rajin, proses ayam anda supaya mudah pembeli nak masak. Depa tak payah nak pi sembelih, cabut bulu, potong dan sebagainya. Anda boleh mark-up lebih sikit atas susah payah anda tu.
  • Kalau anda rajin lagi, proses ayam anda tadi jadikan ia makanan yang telah siap dimakan seperti serunding,burger, nugget atau sekurang-kurangnya “frozenkan” ia.

Sunday, 8 April 2012

Baka

LIGHT SUSSEX 



MARANS 


RHODE ISLAND RED 


BLACK LEGHORN 


AYAM HUTAN


AYAM HUTAN KACUKAN AYAM KAMPUNG




AYAM KAMPUNG



AYAM SABUNG



My own

Coretan

Tanggal 9 hb mac 2012 bermulalah saat yang dinanti, ternakkan puyuh mula mengeluarkan hasil pertama. Terdapat 3 biji telur didapati pada pagi tersebut dan setelah kira-kira seminggu hasil yang diperolehi adalah 13 biji kesemuanya. Oleh kerana pada waktu tersebut belum mempunyai mesin eram atau inkubator, telur-telur tesebut dijadikan santapan sekeluarga. Kini terdapat 3 biji telur yang sedang dieram dalam mesin eram.

Manakala ternakkan ayam membuahkan hasil 4 hari selepasnya iaitu pada 13 hb mac. Hingga catatan terkini pada 8 april 2012 telur ayam yang diperolehi adalah sebanyak 23 kesemuanya. Telur tesebut diambil separuh darinya sebanyak 12 biji dan diletakkan dalam mesin eram dan bakinya dibiarkan pada ibu.

PERINGATAN:
*Jangan diambil kesemua telur yang ada tanpa meninggalkan walau sebiji dua. Hal ini akan menyebabkan ayam merajuk dan sukar untuk bertelur.

TIPS:
*Untuk membuat ayam mudah bertelur kurungkan ia pada waktu malam dan pastikan reban tidak terlalu luas untuk mengurangkan pegerakkan ayam supaya tidak letih agar kuantiti pengeluaran telur tidak terganggu.

*Bagi burung puyuh digalakkan membuat reban atas daripada reban lantai bagi pengeluaran kuantiti telur yang baik. Hal ini juga berhubung kait sama seperti ayam bagi mengelakkan burung puyuh terlalu aktif menyebabkan kurangnya pengeluaran telur.


4 Mei 2012

Sehari tidak menjengah ke kebun kerana terdapat urusan, tidak diketahui apa yang sedang berlaku di sana hanya doa yang dilafazkan agar segalanya baik. Pada pagi bertarikh seperti di atas iaitu hari ini Jumaat seperti hari-hari sebelumnya ke kebun untuk melihat dan memberi makan serta minuman kepada ternakkan. Senyuman terukir apabila setiba di sana semasa membersihkan reban ayam dewasa kedengaran bunyi 'cip...cip'. Pada mulanya disangka bunyi anak ayam yang ada, apabila seekor ibu ayam yang bernama "manja" keluar dari sarangnya kelihatan seekor anak ayam yang gebu dan comel di dalamnya. Ini sedikit sebanyak mengubati hati yang pilu kerana anak ayam yang menetas dalam inkubator ( mesin eram) mati pagi ini. Apa-apa pun syukur kepada Allah kerana ada juga telur yang menetas untuk kali pertama. 



                                   






*Anak ayam yang mati dalam inkubator.



12 Mei 2012.

Pada awal pagi kira-kira jam 7.00 pagi 5 Mei 2012, kedengaran jeritan kegembiraan oleh abang dan anak saudara. Lemah longlai masih samar-samar antara lena dan terjaga ku bangkit dari tempat tidur meluru keluar rumah untuk mengetahui apa berlaku. Rupa-rupanya sebiji telur didalam inkubator telah menetas dan anak ayam tersebut berjalan-jalan merata-rata serta berbunyi nyaring "cippp...cipp..cipp", tiba-tiba senyuman ku terukir lebar terus mengambil hp dan menghubungi ayah dan memberitahunya. Tapi sayang sekali kerana anak ayam tersebut hidupnya tidak lama, hanya 6 hari sahaja hanyatnya.Pada pagi 12 Mei 2012 kelihatan anak ayam itu lembik terkulai di dalam inkubator. Ini tidak mematahkan harapan dan semangatku, insyallah kalau diizinkan-Nya akan ada rezeki pada masa akan datang.


*Inilah anak ayam yang diceritakan itu.




7 Sept 2012

Pada pagi 6 hb sept iaitu semalam, akhirnya telur puyuh menetas 2 biji dan di sebelah petang pula 3 biji menjadikan jumlah kesemua adalah 5 ekor anak puyuh daripada 7 biji yang dieram menggunakan mesin eram. Setelah beberapa kali gagal dan dengan berkat usaha serta kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah....pada mulanya hampir berputus asa kerana bekali-kali mencuba namun tiada hasil. Penetasan anak puyuh ini sedikit sebanyak memberikan semangat kepadaku untuk terus berusaha. Benar apa dikata orang, jika kita tidak berputus asa...usaha dan terus berusaha pasti dapat apa yang dihajati dan jangan kita melupakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Tanpa izin-NYA jua kita tidak akan perolehi apa dihajati.







Tips:

*Habuk kayu elok diguakan kerana:
1. Mengelak kesejukan bagi anak ayam / puyuh.
2. Mengurangkan bau busuk dari najis mahupun makanan.
3. Menyerap tumpahan air dan mudah dibersihkan berbanding pasir atau kertas.


20 November 2012

Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana masih segar di bumi bertuah ini untuk meneruskan perjalanan hidup. Lama tidak update blog kerana kesibukkan dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Apa yang dapat dikongsikan pada kali ini adalah kegembiraan dihati kerana mesin eram baru yang dibeli di kg (kepala batas, Pulau pinang) membuahkan hasil. Kini kami tidak perlu membeli benih anak ayam kerana sudah boleh menghasilkan baka atau benih ayam sendiri. Kami juga kini memiliki ayam jenis KG KACUK, HUTAN dan SELASIH.


25 Disember 2012

Pertama nak memohon maaf pada pembaca blog kerana hampir sebulan tak mengupdated blog ini. Disebabkan kurang bahan dan tiada cerita untuk dikongsi itu yang menyebabkan blog lama tak di updated. 

Gambar-gambar ternakkan yang diambil baru-baru ini.











Tips:

*Untuk mengelakkan pembaziran makanan dan pergaduhan semasa memberi makan ayam:
1.Bekas makanan hendaklah diletakkan tinggi supaya ayam tidak dapat mengais bekas makanan tersebut.
2.Sediakan beberapa bekas makanan berlainan tempat agar ayam tidak tumpu pada satu-satu kawan sahaja semasa makanan diberikan.

*Bagi mengelakkan ayam daripada stress:
1.Sediakan tempat yang selesa bersesuaian dengan bilangan ayam.(jangan terlalu sempit atau padat boleh menyebabkan ayam stress dan mula suka berlaga)
2.Sediakan beberapa tempat  bertenggek.
3.Sediakan tempat bertelur  lebih dari bilangan ayam betina untuk mengelakkan ayam berebut tempat.
4.Pastikan pengudaraan dan pencahayaan reban/kawasan ayam baik.


6 Januari 2013

Alhamdulillah, pertama kali tetasan yang banyak dari mesin eram dalam satu masa setelah berkali percubaan . Mesin eram yang pertama kebanyakkan anak ayam mati setelah 2-3 hari menetas dan ada yang menetas cacat. Mesin eram kedua dibeli di kg membuahkan hasil walau sesekali ada juga yang cacat atau kaki lembik. Kuantiti mesin eram kedua juga tidak banyak membuahkan hasil. Hanya beberapa sahaja yang menetas dan selebihnya mati keras dalam telur dan ada yang separuh jadi dan separuh masih cair. Mesin eram ketiga dibeli juga di kg. Mesin eram ini lah yang menetaskan telur yang banyak dalam satu masa. Walaubagaimanapun mesin eram pertama dan kedua masih digunakan dan mendapat sedikit perubahan. Mesin eram pertama di ubahsuai kepada mesin brooder, manakala mesin eram kedua di baik pulih dan masih digunakan sebagai mesin eram.







Gambar dari mesin eram ketiga

Tips:
*Jangan cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu. insyallah dengan berkat usaha dan kesungguhan kita serta doa apa yang kita lakukan pasti ada hasilnya.



Ternakkan

25 september 1013

Ternakkan  yang terdapat di Haz Agro Farm :
*AYAM.
*PUYUH.
*ANGSA.
*IKAN TALAPIA.


AYAM ARTAN.



AYAM SELASIH SUTERA.


AYAM SELASIH KAPAS.


ANGSA.


AYAM SERAMA.


ANGSA DAN AYAM SYGON JAWA(JAWA BOTAK).



PUYUH.


IKAN TALAPIA.


AYAM KG JAWA.